Cerita Hangat dan Sensasi.

GEMPAR!!! Raja Ilya terkena jangkitan bakteria dari kucing dibela dan ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan dan muka..MASYALLAH TERUKNYA..(5 FOTO)

Pelakon Raja Ilya melalui peristiwa ngeri pada Ramadan lalu apabila dia terkena jangkitan bakteria sehinggakan terpaksa dirawat dalam keadaan kritikal.
Raja Ilya, 31, berkata, dia tidak mahu menghebohkan berita berkenaan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan apabila tidak diterima di pusat perubatan swasta.

RAJA ILYA KENA JANGKITAN BAKTERIA, ALAMI PENYAKIT PELIK



“Saya jatuh sakit yang sangat teruk sehingga pusat perubatan swasta tidak terima dan terpaksa dirawat di hospital kerajaan. Mereka kata kondisi saya sudah 50/50 untuk hidup.
“Kemudian saya dihantar di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) selama 14 hari. Doktor beritahu saya terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca daripada kucing yang saya bela,” ujarnya.
Raja Ilya ditemui pada majlis pelancaran KL Vampires yang diadakan di Hotel Pearl International di sini, Selasa.
Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas ini memberitahu dia mengalami 12 ketulan yang tumbuh di seluruh badan termasuk di wajahnya.
“Penyakit itu pelik, doktor beritahu, ia satu dalam seribu. Selain tekanan darah terlalu rendah, saya juga ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan.
“Saya sudah bedah dan buang dua ketulan itu, Insya-Allah, saya akan ke hospital semula untuk buang ketulan yang lain,” ujarnya.
Raja Ilya, turut tidak menolak masalah kesihatannya itu disebabkan disihir atau terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.
“Saya ada pergi berubat tradisional dan mereka kata perkara itu ada melibatkan pihak lain. Kalau benar saya ‘dibuat’ oleh seseorang, saya ucapkan terima kasih kerana dia sudah berjaya buat saya sengsara,” ujarnya.
Sementara itu, Raja Ilya turut meminta maaf kepada media yang cuba mendapatkan maklumat tentang keadaan kesihatannya ketika itu kerana tidak mahu menimbulkan kebimbangan kepada keluarga.
“Ramai media yang hubungi saya untuk dapat maklumat dan ada juga yang datang hospital. Tapi saya merayu supaya tidak keluar cerita tentang saya sakit.
“Saya tidak mahu orang lihat wajah saya waktu sakit dan ia juga akan menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga saya yang berada di luar negara,” ujarnya.

0 Komentar untuk "GEMPAR!!! Raja Ilya terkena jangkitan bakteria dari kucing dibela dan ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan dan muka..MASYALLAH TERUKNYA..(5 FOTO)"

Back To Top